Friday, July 16, 2010

Sejarah air hidrogen

Apa itu air hidrogen ataupun hydrogen water atau dikenali juga sebagai hydrogen enriched water? Pernah dengar hydrogen water? Pernah dengar hydrogen enriched water? Saya ingin berkongsi sejarah air hidrogen a.k.a hydrogen water / hydrogen enriched water..

Kisah penemuan ini bermula pada tahun 1991 apabila anjing sakit milik Mr.Chahin minum air berlumpur dari telaga di Tlacote, Mexico. Anjing tersebut pulih dengan cepat selepas minum air tersebut. Apa lagi Mr.Chahin terus test bagi air dari telaga tu kepada pekerja-pekerja ladang dia.

Lepas tengok hasilnya yang menakjubkan Mr.Chahin buka telaga di Tlacote,Mexico untuk kegunaan awam. Apa jadi bila air ni dihebohkan kepada umum?






Setiap hari 5000 hingga 10,000 orang beratur nak ambil air! Kebanyakan orang yang berebut nak dapatkan air ini ialah pesakit:

1)Kanser
2)Sakit pinggang
3)Darah tinggi
4)Kencing manis
5)Osteoprosis
6)Migrain
7)Hepatitis
8)HIV


Pada tahun 1997 Dr Shiharata dari Universiti Kyushu, Jepun membuktikan hidrogen aktif yang dijumpai dalam air dari telaga Tlacote, Mexico berkesan menyekat aktiviti oksigen aktif yang merbahaya dan membantu melawan penuaan(awet muda). Dari sinilah bermulanya usaha saintis Jepun untuk menghasilkan air yang kaya dengan hidrogen seperti air Tlacote menggunakan teknologi canggih.

Apa itu oksigen aktif?

Walaupun bertrilion-trilion sel dalam badan manusia dapat menyerap segala bahan galian, air dan oksigen untuk melakukan metabolisme tetapi masih terdapat 2 hingga 3 peratus oksigen yang ditinggalkan. Oksigen yang ditinggalkan itulah oksigen aktif. Umpama enjin kereta dimulakan, mesti ada 2% atau 3% gas tidak berguna dihasilkan, perkara ini tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita.

Disebabkan oksigen aktif tidak stabil maka ia bersifat mengancam terhadap kesihatan badan. Oksigen aktif ini akan merampas elektron dari sel-sel badan manusia. Tisu-tisu badan manusia akan dirosakkannya dan mengakibatkan penuaan sel-sel badan seterusnya menyebabkan banyak sel yang mati. Fungsi organ-organ utama turut merosot dan lama-kelamaan pelbagai penyakit kronik senang-senang je datang menziarahi badan manusia yang kematian banyak sel contohnya darah tinggi, kencing manis,kanser, migrain dan sebagainya.

Apa itu air hidrogen aktif?

Seperti yang kita maklum, gas hidrogen terdiri daripada 2 atom hidrogen. Hidrogen aktif adalah 1 atom hidrogen yang membawa 1 elektron (caj negatif) sahaja. Disebabkan hidrogen aktif merupakan elemen yang sangat kecil, ia boleh meresap ke dalam semua sel badan manusia dan menjadi satu dinding pertahanan yang kuat. Apabila ada oksigen aktif mengancam keselamatan sel-sel dalam badan,hidrogen aktif akan memerangkap oksigen aktif dengan cara pemindahan elektron, meneutralkannya lalu menjadi molekul air sebelum dikeluarkan melalui pembuangan air kecil(kencing).

Dengan demikian, sel-sel badan dicegah daripada pengoksidaan atau penuaan kerana hidrogen aktif juga merangkumi fungsi meremajakan sel-sel badan yang mati, menguatkan sel-sel badan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Selalu minum air hidrogen aktif bukan sahaja untuk menyahtoksik tapi juga baik untuk awet muda!

Di Malaysia, senang-senang je nak minum air nano hidrogen. Pasang je penapis air M6 kat rumah then setel masalah. Dah boleh minum air nano hidrogen setiap hari. Tak payah nak pergi Mexico.
Related Posts with Thumbnails