Wednesday, July 14, 2010

Keburukan RO Water

RO(Reverse Osmosis) Water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum. Saya nak kongsikan pengetahuan tentang keburukan air osmosis berbalik a.k.a RO Water. Semoga bermanfaat bagi semua pembaca di blog ini.

KEBURUKAN AIR OSMOSIS BERBALIK(RO WATER).



1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT

Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.

2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)

Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!

3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN

Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.

4.TIDAK ADA MINERAL

Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.

Contoh RO Water yang terkenal di pasaran.


Maklumat ini saya dapat setelah membuat pencarian di internet. Anda boleh juga baca versi orang puteh punya di Wellsphere, ArticaleBase dan Demineralised water.

Jika anda nak minum air, saya nasihatkan minumlah air mineral. Minum air nano hidrogen lebih baik kerana bukan sahaja air ini bermineral malah mengandungi anti-oksida yang tinggi dan beralkali. Kalau tak mampu beli penapis air M6, cukuplah sekadar membeli air mineral atau nano hidrogen di vending machine M6 berdekatan tempat anda.

Keputusan di tangan anda sama ada mahu meneruskan minum RO water atau tidak. Saya hanya menyampaikan.

47 comments:

jeritan bebas said...

abes tu minum air pe yg bagos. . .?

m6hidrogen said...

air mineral, air nano hidrogen, air zam zam..

Mr Coway said...

Ini semua sudah salah Info tentang air RO. kalau ia tak bagus kenapa Doktor suruh pesakit buah pinggang minum air RO bukan air Mineral. Adakah doktor suruh pesakit itu cepat mati?.

Air RO memang tidak ada mineral tetapi kita boleh ambil dari sumber luar seperti Suppliment, nasi, ikan & sayur. Kita cuma perlu air yg bersih.

Air Ro bukan air Mati. Air mati ialah air yg telah dimasak sehingga mendidih & telah sejuk. Molikeul air itu tidak lagi bergetar.

Jika dikatakan air RO itu tidak baik, kenapa orang Korea & Singapura minum air RO. adakah mereka akan mati. Kenapa Kerajaan Singapura boleh meluluskan projek jutaan Dollar air new water itu jika air RO itu tidak baik utk rakyat mereka.

ANDA FIKIRKAN SENDIRI. jangan tertipu teknik jurujual.

Buat kajian mendalam dahulu sebelum berhujah.Coway

m6hidrogen said...

Mr Coway,

Baiklah saya terima air RO baik untuk pesakit buah pinggang. Adakah anda ingin mengatakan air yang kaya mineral dan beralkali tinggi langsung tidak bagus untuk pesakit buah pinggang?

Bukankah lebih baik jika ambil kandungan khasiat yang baik dari nasi, ikan dan sayur dan ditambah dengan minum air bermineral dan beralkali tinggi? Adakah anda sangka jika minum air bermineral atau beralkali akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas sebab sudah ambil sumber luar seperti nasi, ikan & sayur?

Air RO sama seperti air mati tiada khasiat yang diperlukan tubuh badan manusia.

Jika dikatakan air RO itu baik, kenapa orang Mexico, Uruguay, Jepun dan Arab Saudi minum air bermineral dan beralkali tinggi setiap hari. adakah mereka akan mati kerana air yang mereka minum kaya dengan mineral dan alkali? Adakah anda ingin samakan kehebatan projek jutaan di Singapura dan projek jutaan di Jepun?

Tahukah anda setiap tahun 800,000 orang pergi ke Tlacote,Mexico untuk dapatkan air yang kaya dengan mineral dan beralkali tinggi? Tahukah anda mereka yang terdiri daripada pesakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, HIV dan lain-lain sakit kronik telah sembuh setelah minum air bermineral dan beralkali tinggi?

Tahukah anda hospital di Uruguay menyediakan air bermineral dan beralkali tinggi untuk pesakit-pesakitnya? Adakah doktor-doktor di sana ingin membunuh pesakit-pesakit mereka?

Kebaikan air bermineral dan beralkali tinggi yang digunakan di Mexico dan Uruguay telah dikaji oleh Dr. Shirahata dari Universiti Kyushu, Jepun.

Di Arab Saudi ada air zamzam. Tahukah anda air zamzam mengandungi mineral dan alkali yang sangat tinggi? Adakah anda ingin mengatakan bahawa orang-orang Arab semuanya mahu cari mati cepat kerana tidak minum air RO?

Kebaikan air zamzam yang sangat kaya dengan mineral dan beralkali tinggi telah dikaji oleh Dr. Masaru Emoto. Beliau adalah President Emeritus of the International Water For Life Foundation.

Adakah Dr. Shiharata dan Dr. Masaru pembohong?

Saya terima nasihat anda untuk terus membuat kajian. Saya menjemput anda juga membuat kajian supaya anda lebih tahu air yang mana lebih baik.

Marilah bersama-sama membuat kajian mendalam sebelum berhujah. :)

Mr Coway said...

m6hidrogen,

Air semuanya sama. Yang penting air itu bersih. Air mineral juga bagus tetapi cara pengendaliannya yg meragukan & mesin yg digunakan yg diselengara dgn baik.

Di malaysia ini semua sumber air kita adalah dari paip. Air paip kita di bersihkan dengan mencampurkan Klorin. Itu semua orang tahu. Kat Malaysia nie dah susah nak dapat tempat yg betul-2 bersih dgn mineral yg tinggi. jangan samakan negara orang lain. kita lihat malaysia sahaja.

Fikirkan lah mana ada orang berniaga di malaysia ini import air sampai dari mexico semata-2 nak dapat mineral.Kos terlalu tinggi. kalau air zam-zam saya pernah dengan ada orang import masuk Malaysia.

Supliment kan banyak kat farmasi. Kita boleh tambah mineral dgn cara itu, tak semestinya 100% dari air.

Saya tidak kata air RO air terbaik tetapi ia adalah air yang Paling Bersih. Itu yg kita mahu.

Air yg paling baik ialah Air Zam-zam kerana itu ciptaan Allah. tak ada orang boleh tiru dgn buat air sendiri & mengatakan air mereka hampir sama dgn air Zam-zam.

Nak berniaga mesti beri info yg betul. Kita mesti pastikan pelanggan mendapat apa yg mereka bayar. Bukan sekadar Mineral tinggi melangit. Penapis harga RM300 jual sampai RM2,300 cara MLM. Servis selepas jualal tak ada.

Kalau penapis itu tidak ada sistem servis yg baik, filter hanya ditikar bila pelanggan rasa nak tukar, maknanya mereka masih minum air kotor. Macam mana nak pastikan mereka sentiasa dapat mineral yg cukup. Ini semua bergantung atas sikap manusia itu sendiri.

Air RO (0.0001 Mocron) lebih halus dari air Nano (0.001 Micron). Air RO lebih mudah diserap oleh badan.

Anda juga mesti faham dlm air paip ada banyak jenis Mineral. Mineral Yang baik & yg tidak baik telah bercampur sekali. Mengapa kita biarkan Buah pinggang kita menapis segala kekotoran yg merbahaya itu. itu yg jadi penyakit batu karang & macam-2 lagi.

Mungkin kita sudah hidup selama 20-40 tahun ,buah pinggan kita sentiasa menapis macam-2 benda merbahaya. KENAPA kita tidak mahu merehatkan buah pinggan kita. Minum air RO yg bersih.

Itu yg orang ramai tak Faham konsep air RO. Kita bukan hanya Minum air sahaja utk dapat mineral. Kita semua kan makan Nasi, sayur,ikan & daging. Itu semua ada zat & mineral.

Jadi pilihlah sistem air yg terbaik utk anda. Coway

Unknown said...

air bermineral tak sesuai untuk pesakit buah pingggang sbb buah pinggang yang dah rosak tu tak dapat menyingkirkn mineral yg berlebihan dari air...spe ckp mineral tinggi melangit bagus?? badan kita perlu sedikit je mineral...selebihny dibuang...untuk mengelakkn stress kpd buah pinggang pesakit end stage renal failure (ESRF)....RO ialah pilihan paling tepat....

Unknown said...

Ustaz COWAY(Graduate Al-Azhar!!!)))

hidup RO water....HIdup COway....COWAY not give JANJI MANIS!!!!!!!!
company len hanya tabur JANJI MANIS....elok2 kerja yang halal&baik....bertukar menjadi Dosa&Haram....

Kabul.Idris said...

Salam semua, Kalu tak tahu pasal RO, jgn nak burukkan pulak...Last sekali suruh minum M6. Tu nama die MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...POYO.... NEGARA maju seprti US,UK CAnada,Korea Selatan <jepun semua pakai RO water........Aku bukan nak promote aper MLM or aper produk... tapi mmg RO bagus.. Kalu nak mineral melalui air, EN m6hidroge kenelah minum 40L sehari barulah dapat mineral yang mengcukupi melalui air...Nak mineral makan arr SAYUR...ni mesti stock TAK makan sayur....

Kabul.Idris said...

Satu lagi M6 nye vending machine tu BUKAN MINERAL SeMULAJAIDI. VM tu tapis jadi RO dulu pastu lalu filter baru jadi mineral...Lagi bahaya sbb mneral yang buat dari fomulasi bahan KIMIA...Saya bukan nak buruk2 M6 tapi, m6hidroge yang kter tak baik pasal RO....So pengguna fikrkan...

Luqman said...

m6hidrogen, assalamualaikum, saya guna M6 kt rumah, mula2 pakai air dia rasa payau sket. sye rase minum pon cpt baik demam. tapi lps 6bulan sye xrase kualiti air dia mcm kureng r. kenapa ek?? pastu mcm mana dia tapis besi berat?? saya harap sgt jawapan dr pihak m6. saya dh tanya makcik saya dia jurujual m6. tp dia pon xtahu nk jwb.

Luqman said...

friend...kalau nak cerita pasal mineral..terlebih dahulu kena kenal pasti sumber mineral semulajadi ni atau lebih tepat klasifikasi mineral yang kita nak explain..anyway,mineral ni terbahagi kepada 2 iaitu organik mineral dan inorganik mineral..badan manusia hanya boleh consume organik mineral sahaja dan inorganik mineral dinyah dari badan melalui urination atau peluh..actually, dalam RO sebenarnya bukan takde langsung mineral..ada tetapi dalam kuantiti yang kecil yang cukup untuk badan kita consume..sebab pakar perubatan percaya bahawa mineral organik boleh didapati dari sumber makanan dari luar termasuk sayur-sayuran,buah-buahan dan daging. Teknologi R.O adalah teknologi penapisan air secara kompleks dengan mengecilkan molekul air kepada lebih halus untuk mendapat kadar serapan tinggi dalam sistem badan...tahukah anda merkuri juga adalah mineral dan dalam air juga terdapat unsur merkuri yang tinggi?? persoalannya..bagaimana hendak mengasingkan merkuri dari air jika molekul saiz merkuri dan mineral baik adalah seimbang??adakah kita juga membenarkan unsur merkuri,arsenic,lead,cyanogen dan sebagainya masuk ke dalam tubuh kita dengan senang?? fikirkan la...actually korea & japan hatta singapore dan US sendiri menggunakan RO water sebagai penyelesaian masalah air..thanx..

Suka Tanya said...

Senang crita bukan stakat makan, semua nya kena pakai RO water termasuk lah basuh beras, sayur, buah, mandi dan sebagainya. Kalau setakat minum RO water, lepas tue makan nasi, lauk ikan daging, sayur dan buah yang basuh dgn air biasa, bukankah sama saja dapat la jugak segala macam yang kononnya ditapis. Tidak begitu???

Dah tue mandi pun dengan air dari paip, kira balik la kan? tak begitu??

maka orang yang mampu milik sahaja la yer boleh guna, orang kebanyakkan sekadar amik yang termampu..silap2 supliment untuk mineral-mineral lain pun tak mampu nak beli.. macam mana pulak yer?

Ada yang nak jawab tak persoalan saya nie...?? Kalau tak ada, boleh ka pulak nak anggap RO Water untuk orang berkemampuan sahaja dan bukan untuk semua? melainkan Malaysia dengan sendirinya menyediakan setiap rakyat dengan bekalan air RO untuk minum, basuhan, mandi dan lain-lain.. Boleh ka?

sekadar tertanya-tanya..jawab la. Kalau tak, kira untuk kaya jer la eh guna RO water.

celik akal said...

air RO ialah air yg terbaik sekali.dalam air ini tiada sebarang bahan terlarut seperti ubat,karat,radioaktif dan bakteria.kita boleh uji guna lat "water electrolysis tester" gunakah bio-pure elken..terbaik kerana di cipta khas untuk malaysia dan barulah dibawa keluar negara.produk ni dah bertahan hampir 5tahun dan dah 2juta rakyat malaysia dah minum air ini..singapore n brunei pun pakai air RO..

jika berminat :boleh hubungi iena-0173082168

H@N@ E-KIN said...

mineral tk diperlukan dalam air... fahammm!!! sy yg budak2 ni pun tau la kebaikan air RO ..

H@N@ E-KIN said...
This comment has been removed by the author.
H@N@ E-KIN said...

CELIK AKAL i agree with you..

H@N@ E-KIN said...

sumber utama mineral adalah makanan bukan air..tak ada satu cara penunlenan yang akan memilih untuk membenarkan hanya mineral BAIK seperti kalsium dan magnesium untuk melaluinya. so, klau awak berpendapat bahawa air dapat membekalkan mineral yang baik untuk awk..pada masa yg sama jugak ia akan membekalkan kebanyakkan bahan cemar yang lain termasuk nitrat dan arsenik...sy ni budak sains la...belajar kimia..tk de satu org pun bole tipu sy...kebenaran air ro tu baik memang benar la...sy belajar jugak tentang air ro dlm subjek kimia...dah pakar air dunia MICHAEL R.LONG pun ckp bnde yg same...so awk tu sape pakar air ker?? dan kenapa kite harus percaya pde kate2 org yg tk bertauliah daripada kate2 pakar air...sy memang pantang klau org ckap air ro tk baik..dulu sy ade semput pun dh baik dgn sistem air ro..klau sy terus minum air "sukido" , "bio arwah" amway ker no way ker memang smpai skrg la sy tk baik...dh bertahun sy gune penapis sukido..tk baik pun...sistem air ro jugak yg baik....so?? fikir2 kan la...klau awk nk sakit minum lah air yg sakit..yer...pade jangka masa panjang ia akan merosakkan buah pinggang...tu dikatakan mineral?? hahaha...so funny right!

Unknown said...

mr and mrs SEMUA
air RO adalah air tulen yang kehalusan sangat mudah di serap....
air nano adalah air alkali yang dapat memberikan keseimbangan dalam tubuh badan kita...
rakyat malaysia HARI INI kegemaran mereka adalah makanan yang bersifat asid sebab itu lah air alkali amat penting kepada tubuh badan. menurut WHO setiap manusia kena makan makanan 80% bersifat alkali dan 20% makanan besifat asid.

kenapa syarikat MLM banyak pada hari ini???

kebanyakan mlm menjual produk2 kesihatan yang bertujuan menghalang sebarang penyakit menyerang manusia pada hari ini... dan kebayakan produk2 adalah bersifat alkali.... adakah anda mampu untuk kerap atau selalu membeli produk2 kesihatan.... kira kan jumlah nya?????

Unknown said...

Pengarang dah tak muncul terus.. Hehe

camnilah stakat sy tau skrg cmpny Coway telah brjaya mnakhluki pasaran dunia dlm mmbekal produk penulenan air di rumah n Pejabat (sistem RO), BUKAN d M'sia shj tau..

Tp kt M'sia pn stakat sy dah servey (johor) kt UTM, mpjbt, mpjb, hospital Pakar Johor, hospital Pakar puteri, stadium larkin, kbyakan msjid n surau, majlis agama Islam, sbilangan kedai mamak, skolah n byk lg.. Luar Johor plak, Jakim, Sirim, kbyakan korporat, msjid shah alam, Tabung Haji, KLIA, n mcm2 la semua dah psg Coway.. Padahal skrg baru tahun ke6 kot kt M'sia.

Produk lain2 yg popular ni Singapore pn xlepas nk msuk. Sbb yg jual kwn2 je, yg bli pn kwn2 la. Ajen nk habiskn stok la katekn. N fyi, Only Coway have the R&D Centre kt Korea. Yg len ni kilang2 ntah pape je. Ada modal letaklah Dr. LUSUKA ke Dr. LUTAKSUKA ke.. NAMPAK?

Unknown said...

Ketahuilah fungsi air dlm bdn hnyalah (3) utk mengurangkn suhu bdn, mengalirkan nutrien n membuang toksin.

Juga kperluan mineral apa yg dperlukan n utk apa klw yg dprlukn tu. Mineral organik n inorganik tu juga apa.

Jd klw anda dah tau, nnt barula anda sedar elektrolit la hydrogen la dlm air tu utk bdn sume adalah MENGARUT.. ISH2

Tech Team said...

salam semua... tak jemu2 cerita pasal kebaikan air.. ada RO.. ada M6.. ada Coway.. jangan gaduh la ya.. jangan sampai tak minum air dah.. saya dah jemu dengar.. membaca.. pasal jenis2 air ni.. semuanya baik la.. yg terbaik confirm air zam zam.. yg lain tu tetaplah no 2 je..

cahaya said...

Setelah membaca "lebih kepada komen2"..
saya berpendapat, air RO water sewajarnya digunakan dalam kehidupan seharian (daily use)
dan air mineral kita ambil sekali sekala untuk dapatkan juga mineral melalui air..
dan InsyaAllah, usahakan juga minum Air yang terbaik di dunia dan anugerah dari Allah, iaitu air Zam-Zam ..( paling kurang 6 bulan sekali ke (yang ni hanya cadangkan shj, tak buat research apa2..:)

Terima kasih semua dapat berikan komen dengan hujjah dan fakta..(Bagi yang komen dengan beremosi, perbaikilah..InsyaAllah :)

Rasa komen2 yang berikan banyak input lagi untuk faham mengenai RO water atau air mineral..

ps: rasa patut buat forum kesihatan,debat mengenai air RO dan air mineral dan kepentingannya, dan pihak kerajaan patut ambil berat mengenai hal kesihatan rakyat..

cahaya said...

Last but not least, sepekara lagi, mengenai filter air, mengunakan bahan yang halal atau haram. Check dahulu dengan jakim.

Anonymous said...

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=129814&sid=566f89fc52d112b6a6ccb03f30a41738

Andinians said...

Benefits of Reverse Osmosis Drinking Water System

Because of the filtration size is very small, it removes almost all of the impurities that present in the water regardless they are harmful chemicals, micro-organism or beneficial minerals


although none of the water filtration systems can filter all the chemicals, reverse osmosis system is considered the most effective technology.

Andinians said...

Disadvantages of Reverse Osmosis Water Filter

Water produced is more acidic than normal, without the present of minerals;

water is tasteless (flat taste) without the present of minerals, you may think this point is not important but what if you subconciously drink less water from what you will drink normally?;

minerals like calcium, magnesium and potassium which are necessary for bone development and cardiovascular function, are being removed;

as the water filter needs external force for the reverse osmosis system to run, pressure pump is required which means additional maintenance cost on the pump breakdown and running cost on the electricity;

as the membrane is under high pressure, the pore size gradually increase over time and thus reduce about 20% effectiveness in about 6 months time;

to produce filtered water for consumption, it will waste 2 to 19 times of water into the drain. The water wastage is depend on the pump pressure. The lower the pressure, the water wastage is higher. This will put additional cost to you;

RO is a very slow process, thus it needs a tank to slowly collect the filtered water which means additional maintenance work on the hygiene of the tank;

any chemicals that has smaller size than water such as pesticides, can pass through the RO membrane;

the units are bulky with pump, storage tank, etc. occupy your kitchen space.

Hezren Hazzarol said...

salam semua,

Bg yg nk minum air RO boleh la letak secubit garam (sea salt or rock salt)untuk 1L air bg pengganti mineral yg telah hilang dari tapisan air RO yg halus tu..apa yg merunsingkan saya adalah kandungan Florida yg terdapat dlm air paip biasa(tap water)..hanya RO water shj yg dpt menapis bahan kimia yg berbahaya ni..Florida juga adalah neurotoksin yg sangat kuat yg boleh memberi mudarat dalam jangka masa yg panjang ,kita selalu diomongkan dengan kebaikan florida padahal ianya adalah bahan yang sgt berbahaya terutamanya kpd kanak2....

Unknown said...

pakar air dunia sahkan air ro terbaik untuk kita.yg lain2 tu dok kata apa..bohong je.ce bawak dr mana yg buat kajian tu mai malaysia.kuar tv.ada berani?

Unknown said...

m6hidrogen : Di Arab Saudi ada air zamzam. Tahukah anda air zamzam mengandungi mineral dan alkali yang sangat tinggi? Adakah anda ingin mengatakan bahawa orang-orang Arab semuanya mahu cari mati cepat kerana tidak minum air RO? jawapan nya air zamzam itu ciptaan Allah.. kita jgn nak pertikaikan air ciptaan allah tu.. sebelum berhujan fikir buruk baik.. jgn sebab kan isu air Ro, awak nak gunakan kelebihan air zamzam..

bulat said...

Kelakar gila ngan haha ekin.. Poyo je lebih.. Air mineral pengalir tenaga yg baik.. Air ro kosong saja, sebelum komen yg bukan2 cuba bg tau org yg terlalu dahaga mcm kt padang pasir elok minum ro ke mineral? Penting kena tahu peranan mineral dalam air.. Klu air just air nk dapatkan mineral melalui makanan bagaimana pula nk bertahan dgn air sahaja klu tkdapat makanan untuk mineral? Siapa berani cuba bertahan dgn air ro tanpa makan?

bulat said...

W.H.O. Proof That R.O. Water Is Bad For Your Health Unless It Is Remineralized

http://www.waterfyi.com/featured/w-h-o-ya-gonna-believe/

M6 Magic water filter said...

Bulat punya information is really 1st hand info. with link as well.Anyone of RO gang can answer this ?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Wahh cakap besar adik ni.?? Ilmu baru setitik dik. Dah sembang mcm hebat. Air RO tu kosong je dik oi. Tggi asid. Kesan dia?? Cakap pun besar la mcm adik ni. Penuh acidic kot badan tu..cer cek kt hosp..hehe..air kene ada mineral baru la support and boost zat makanan lain and and senang serap bantu badan lebih stabil. Akak pun pelajar sains ya. Jangan lupa byk genius kat dunia ni. Adik kene muhasabah diri tau.

hajidi said...

salam semua.Susah la kalau macam ni haru biru jadinya. yang itu pertahankan yang itu, yang ini pulak pertahankan yg ini. yang mana satu boleh diterima pakai ni.tadak pasal-pasal jadi kepala otak

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

minum la air mineral banyak2 pastu tak bersenam. Siap sedia la menghidap gout. sekian terima kasih.

Unknown said...

minum la air mineral banyak2 pastu tak bersenam. Siap sedia la menghidap gout. sekian terima kasih.

Qareem said...

dlm dunia ni, x da air yt dpt disamakan dgn kehebatan dan khasiat air zam zam. Ia air istimewa ciptaan Allah.
Air alkali bgs diminum to mesti menepati dgn Ph nya.. Dan juga kpd si peminum. X semua org serasi utk amalkan minum air yg beralkali.

Qareem said...

Bgs la klu "akak Lia" ada belajar sains. Tp jgn lupa belahar jg bab teknikal air ye.
Produk harini byk keluarkan produk air ro. Lia ckp air ro tinggi asid? Produk mana tu? Boleh kongsikan x? Kita sbg pengguna kena bijak memilih produk air ro. Pastikan beli produk yg menghasilkan tahap PH yg sesuai dgn badan manusia. X dinafikan mgkin ada produk syarikat yg x ambil berat mengenai tahap PH dlm air. Lg satu PH air paip disesuatu kwsn mgkin berbeza. Jgn ingt air alkali tu benar2 selamat kpd setiap lapisan manusia.

IkhwanBlogger said...

Nie sume kurafat yg boleh mendorong kepada syirik..air tu Ciptaan Allah SWT yg punya..klo nk iklan bagai sekalipun cukuplah sahaja mengatakan "KURANG BAGUS" ..tak perlu cakap tidak bak,merbahaya ape sume..istigfar byk2..air nano itu buatan tokok tambah drp manusia..tak payah berlebihan sedap duk iklan sehingga membinasakan diri sendiri..yakinlah bahawa rezeki pasti ada Allah kasih..mempengaruhi orang lain biarlah dgn cara yang betul..orang yg tdk berilmu bila sebar artikel kurafat ini hang mati 10kali seribu keturunan pun takkan abis dosa yg semakin kelak berluasa...jgn sesatkan orang lain hanya kerana air nano..semoga Allah beri taufiq dan hidayah kepadaNya yang semakin jauh..topup lah jiwa itu dgn air wuduk ketahuilah wahai si fulan yg menulis artikel ini tiada nash mahupun dalil dlm Quran@Hadith yg mengatakan sebaik-baik air ialah nano hidrogen dan seburuk-buruk air ialah RO apatahlagi anda yg dengan selamber leng menyatakan air tiada manfaat..innalilahi wainna ilahi rojiun...

marcus jefferson said...

Selamat hari setiap orang,
Jual buah pinggang dan Simpan nyawa dan dapatkan wang, saya doktor alex dengan nama a
neughrogist
dalam Pembelian Ginjal, Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk menyelamatkan nyawa?
mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk harga yang baik supaya anda
boleh membayar hutang anda? Ini adalah peluang untuk anda menjual buah pinggang anda
600,000.00 $ dan ke atas. Semua penderma yang berminat perlu menghubungi pasukan kami
maklumat lanjut melalui e-mel: dralexspeciallist@gmail.com Atau apa
permohonan?
+2348162029187 Pastikan anda tidak teragak-agak untuk menghubungi kami seperti yang kami kehendaki
Pasti pastikan kami bekerjasama dengan anda dan juga Kami akan pastikan anda
nikmati perniagaan dengan kami

E-mel: dralexspeciallist@gmail.com

Unknown said...

Pada pandangan saya, air RO sesuai diminum oleh semua orang tetapi air mineral perlu disesuaikan mengikut keperluan seseorang.

Sama seperti tabiat meminum air. Air putih boleh diminum oleh semua orang tetapi air bergula pula boleh juga diminum tetapi mengikut keperluan dan kemampuan tubuh badan seseorang.

Yang memiliki tahap kesihatan 'tip top' minumlah air apapun semuanya baik untuk anda. Yang tidak memiliki tahap kesihatan 'tip top' anda perlu terlebih dahulu berkira-kira sebelum minum mengikut keperluan tubuh badan anda.

Sekian sahaja pandangan saya.#

Unknown said...

Setuju.. kata RO water x bagus.. pergi buka journal laa.. org dh buat kajian.. bukan buka blog atau wiki.. hahahaha

Unknown said...

Betul boss..bapak saya sakit buah pinggang sebab minum air sungai gunung, air mineral. Sekarang hanya RO yg buat dia sihat balik..

Unknown said...

Betul sangat..

Awang said...

Jika benar air RO tidak baik, bagaimana untukengatasinya agar bermanfaat. Jika benar ia memudaratkan, pihak berwajib wajar mengharamkan penggunaannya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails